≡ Menu


Hubungan Bintang Thurayya Dengan Wabak Penyakit Berdasarkan Nas Al-Quran Dan Al-Hadis

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
maksud bintang, kelahiran bintang, jenis bintang, suhu bintang, kecerahan bintang, bintang adalah matahari, bentuk bintang, kelahiran bintang, apa itu bintang, bintang paling sejuk, gambar bintang,

Berhubung dengan respons beberapa pihak yang secara tidak langsung telah menyentuh ulasan guru saya, Al-Fadhil Tuan Guru Haji Hanafiah Bin Abdul Razak (Panel Pakar Falak Jakim) berkaitan video seorang Ulama Indonesia yang menerangkan tentang Bintang Thurayya serta hubungannya dengan wabak penyakit, di sini saya terpanggil untuk berkongsi berkaitan perkara ini berpandukan nas Al-Quran dan Al-Hadis.

Ulasan guru saya tersebut boleh dirujuk dalam Page FB Sekretariat Talaqqi Kitab Turath dengan tajuk

“KAITAN HADIS TENTANG BINTANG THURAYYA DENGAN CORONAVIRUS MENURUT DISIPLIN ILMU FALAK WARISAN ULAMA TURATH”.

 

Untuk makluman, saya juga ada mengikuti Pengajian Talaqqi Kitab Falak (Kitab ‘Ajaib Al-Makhluqat Wa Gharaib Al-Maujudat – Keajaiban Segala Makhluk dan Keunikan Segala Yang Maujud karangan Imam Zakaria Al-Qazwaini) anjuran Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bersama guru saya tersebut di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Perbahasan Al-Imam Fakhruddin Arrazi di dalam Surah Annajm dan penjelasan beliau tentang Bintang Thurayya kepada beberapa wajah.

((والنجم)) المراد منه الثريا

Alif Lam pada kalimah Annajm bermaksud yang telah maklum dikalangan Orang Arab (Thurayya), Demi Bintang Thurayya

: أحدها: النجم هو نجم السماء التي هي ثابتة فيها للاهتداء وقيل لا بل النجم المنقضة فيها التي هي رجوم للشياطين.

1. Bintang merupakan bintang langit di mana kedudukannya tetap sebagai petunjuk dan dikatakan juga bintang bergerak sebagai rejaman syaitan.

ثانيها : نجوم الأرض وهي من النبات ما لا ساق له.

2. Bintang-bintang bumi, dan berasal dari tumbuhan yang tidak mempunyai ranting.

ثالثها : نجوم القرآن ولنذكر مناسبة كل وجه ونبين فيه المختار منها،

3. Bintang Al-Quran, kita menyebutkan begini kerana Al-Quran adalah bintang(bersinar) dan fungsi Al-Quran menjelaskan kepada petunjuk.

المراد الثريا فهو أظهر النجوم عند الرائي لأن له علامة لا يلتبس بغيره في السماء ويظهر لكل أحد

Dan yang dimaksudkan dengan Thurayya adalah bintang yang paling jelas kelihatan, oleh kerana ia mempunyai tanda yang tidak dapat dikelirukan oleh objek lain di langit dan dapat dilihat setiap orang.

والنبي ﷺ تميز عن الكل بآيات بينات فأقسم به ،ولأن الثريا إذا ظهرت من المشرق بالبكر حان إدراك الثمار، وإذا ظهرت بالعشاء
أواخر الخريف تقل الأمراض

Dan Nabi ﷺ sendiri membezakan dari jasad jasad langit yang lain dengan ayat yang jelas lalu baginda bersumpah dengan Bintang tersebut.Kerana itu Thurayya apabila muncul permulaannya di timur menjadi petanda buah- buahan akan diperolehi. Dan jika muncul pada waktu malam pada akhir musim luruh, penyakit akan berkurangan.

والنبي صلى الله عليه وسلم لما ظهر قل الشك والأمراض القلبية وأدركت الثمار الحكمية والحلمية، وعلى قولنا المراد هي
النجوم التي في السماء للاهتداء نقول النجوم بها الاهتداء في البراري. وعلى قولنا المراد الرجوم من النجوم، فالنجوم تبعد الشياطين عن أهل السماء والأنبياء يبعدون
الشياطين عن أهل الأرض، وعلى قولنا المراد القرآن فهو استدل بمعجزة النبي صلى الله عليه وسلم على صدقه وبراءته

وعلى قولنا النجم هو النبات، فنقول النبات به ثبات القوى الجسمانية وصلاحها والقوة العقلية، ومن هذا يظهر أن المختار هو النجوم التي هي في السماء لأنها أظهر عند السامع

Dan Nabi SAW setelah mana muncul bintang tersebut baginda kurang curiga dan kurang penyakit hati, Baginda dapat mengeluarkan buah fikiran dengan baik (kerana tiada ganguan).

Berdasarkan apa yang dijelaskan tadi Thurayya adalah bintang yang menjadi panduan ketika itu bagi mereka yang berada di daratan.

Begitu juga Thurayya sebagai rejaman syaitan kerana fungsi bintang itu menjauhkan syaitan dari pada ahli langit dan para آabi, menjauhkan syaitan dari penduduk bumi.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Dan diumpamakan Annajm dalam ayat ini adalah Al-Quran kerana Al-Quran menjadi bukti kebenaran dan mukjizat Baginda ﷺ.
Seperti yang dimaksudkan oleh Imam Ar-razi, bintang adalah tumbuhan, jadi beliau menyatakan tumbuhan itu mempunyai kestabilan kekuatan fizikal dan mental.

Dengan ini jelaslah kepada kita pendapat yang paling tepat adalah bintang yang jelas dilangit dan dapat difahami.

MS 241
Kitab Tafsir Kabir Mafatihul Ghaib
Karangan Imam Fakhruddin Arrazi

Perbahasan Al-Imam Al-Alusi di dalam mentafsirkan Surah Al-Falaq tentang ayat (وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ)

Beliau menjelaskan bahawa:

ونقل ابن زيد عن العرب أن الغاسق الثريا وقوبها وسقوطها وكانت الأسقام والطواعين تكثر عند ذلك وروى تفسيره بذلك غير واحد

Ibn Zayd menaqalkan dari orang Arab: bahawa Gelap malam yang berbintang Thurayya itu, dan diantara kemunculannya dan lenyapnya , penyakit-penyakit seperti taun Wabak akan merebak dengan banyaknya pada ketika itu.

Dan dimuatkan didalam Tafsirnya demikian bukan hanya sekali.

عن أبي هريرة مرفوعا،وفى الحديث (إذا طلع النجم ارتفعت العاهة)

Dari Abi Hurairah
(Hadith Marfu’)

“Apabila muncul bintang Thurayya akan hilanglah wabak bencana”

وفى بعض الروايات زيادة ( عن جزيرة العرب.

Dan sebahagian riwayat-riwayat yang lain menambah “semenanjung arab”.

وفى بعضها (ما طلع النجم ذات غداة إلا رفعت كل آفة أو عاهة أو خفّت)

Di dalam sebahagian riwayat,

Tidak akan muncul bintang di suatu pagi, kecuali dilenyapkan kesemua kebinasaan atau wabak musibah atau diringankan hingga dapat diatasi

وقيل : هو كل شر یعترى الإنسان والشر يوصف بالظلمة والسواد ووقوبه هجومه

Dan dikatakan: Setiap kejahatan menimpa seseorang insan dan kejahatan biasanya digambarkan dalam kegelapan,kehitaman, dan sikap yang menyerang.

MS 657
Kitab: Ruhul Maani Fi Tafsir Al-Quran
Karangan: Imam Al-Alusi

Disusun oleh:
Ustaz Abdul Hafiz Bin Ismail Al-Azhari
Tenaga Pengajar Maahad Al-Mashoor Al-Islami

 

حمد لله رب العالمين ،

ساي دمينتا أوليه فيهق سكتريات تلقي كتاب تراث أونتوق مروموسكن برهوبوڠ كلمة ” العاهة ” يڠ ترمکتوب ددالم الحديث ؛ ادا دوا فندافت :
١- العاهة دإعتبار فد وقت ممباوا معنى بواهن٢ يڠ سلامت دان برسيه دري ڤڽاکيت .
٢- العاهة دإعتبار فد لفظ ممباوا معنى سلامت دان برسيه دري وباء دان فڽاکيت برجڠکيت يڠ منيمڤا د عالم تومبوهن ، عالم حيوان دان عالم مأنسي .

١- إمام النووي وفت فد ٦٧٦ ه توكوه مجتهد مقيد مذهب الشافعي ملتقكن ” العاهة ” دإعتبار فد وقت كران ادا كفرلوان حكوم جوال بلي بواهن٢ يائيت معنى خاص . فقهاء برموافقة فركارا اين .

٢- الإمام فخر الدين الرازي وفت فد ٦٠٦ هجرية ، الإمام الالوسي وفت فد ١٢٧٠ هجرية كدواڽ٢ توكوه علماء تفسير بگيتو جوا توكوه علماء الحديث الشيخ المناوي وفت فد ١٠٣١هجرية ملتقكن كلمة العاهة دإعتبار فد لفظ يڠ ممباوا معنى عموم : الأسقام ( ڤڽاکيت٢ برجڠکيت ) ، الطاعون دان وباء …

اوليه ايت برفݢڠ له دڠن كدواڽ٢ ، تيدق فرلو منافيكن انتارا كدواڽ٢ …
سموݢ الله تعالى اڠکتکن بومي كيت اين دري وباء ڤڽاکيت يڠ سداڠ منولر اين …آمين يا رب العالمين …

الحقير : حاج حنفيه عبد الرزاق

 

 

 

 

 

 

{ 1 comment… add one }
  • Zu 21/04/2020, 10:09 pm

    Bintang Surayya Tanda Berakhir Corona

    JAKARTA – Kapan berakhirnya pandemi virus corona (COVID-19) tampaknya menjadi pertanyaan banyak orang di dunia saat ini. Pakar Hisab dan Rukyat KH Muhammad Thobary Syadzily menggunakan ilmu falak (astronomi) dan ilmu hikmat As-Sirrul Jalil untuk memperkirakan waktu berakhirnya.

    “Insya Allah wabah virus corona ini akan berakhir dan akan diangkat oleh Allah ketika muncul Bintang Tsurayya atau Bintang Kartika atau Bintang Tujuh Bersaudari. Yaitu, sekitar pertengahan bulan Juni 2020 waktu shubuh di Buruj Sarathan (سرطان) atau Cancer,” ungkap Ketua Lembaga Falakiyah PWNU Banten tersebut.

    Dilansir Wikihow, bintang Tsurayya merupakan gugus bintang Pleiades yang dapat terlihat di Belahan Bumi Utara pada Oktober dan menghilang pada bulan April. November adalah waktu terbaik untuk mencari Pleiades, ketika mereka terlihat dari senja hingga fajar dan mencapai titik tertinggi di langit, menurut Wikihow.

    Kabarnya, gugus bintang Pleiades terdapat 800 bintang yang terletak sekitar 410 tahun cahaya dari Bumi di rasi bintang Taurus.

    Pleiades juga dikenal dengan sebutan “Seven Sisters” dan Messier 45. Disebut “Seven Sisters” atau tujuh bersaudara lantaran ada tujuh bintang paling terang dalam gugus ini. Bintang-bintang tersebut adalah Alcyone, Atlas, Electra, Merope, Taygete, Pleione, dan Maia. Alcyone merupakan bintang paling terang. Ukuran bintang tersebut rata-rata lebih kecil dari matahari di tata surya kita.

    Pleiades merupakan contoh dari gugusan bintang terbuka atau sekelompok bintang yang semuanya lahir pada waktu yang bersamaan dari awan gas dan debu raksasa. Bintang-bintang paling terang dalam formasi bersinar biru panas dan terbentuk dalam 100 juta tahun terakhir.

    Mereka sangat bercahaya dan akan terbakar dengan cepat, dengan masa hidup hanya beberapa ratus juta tahun, jauh lebih pendek daripada miliaran tahun yang akan dinikmati matahari.

    Untuk menemukan Pleiades, Anda dapat mulai dengan menemukan rasi bintang Orion yang terkenal. Gambarlah garis menggunakan tiga bintang di sabuk Orion dan kemudian ikuti ke atas, melewati busurnya.

    Bintang terang pertama yang akan Anda lihat adalah Aldebaran, mata banteng Taurus, menurut EarthSky. Dalam bahasa Arab, Aldebaran berarti “pengikut” karena mengikuti Pleiades di langit. Gugus itu sendiri akan terletak sedikit melewati bintang terang, terlihat sebagai susunan bintang berbentuk gayung kecil.

    Mengingat keindahannya, cluster ini sering menjadi subjek bagi para astrofotografer amatir.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.