MENGAPA SEPTERMBER SELALU MENJADI BULAN DOWN UTK SAHAM DAN BAGAIMANA NAK AMBIL KESEMPATAN?
September dah tiba. Untuk korang yang dah lama dalam game ni, korang mungkin tahu bahawa bulan ni terkenal sebagai bulan di mana pasaran saham secara history nya cenderung untuk jatuh.
Yup, betul tu. Kalau korang perasan, dari dulu lagi, September memang ada reputasi sebagai bulan correction kecil dalam pasaran.
Tapi, kenapa jadi macam tu? Dan yang lebih penting, bagaimana kita boleh manfaatkan situasi ni?
Kalau kita tengok data lama, memang ada trend di mana September sering menjadi bulan yang lemah untuk pasaran saham.
Korang boleh tengok sendiri angka-angka ni: purata penurunan untuk bulan September adalah sekitar -1.6% hingga -1.19%.
Maksudnya, walaupun pasaran nampak kuat sepanjang tahun, bila masuk je September, ada kemungkinan besar pasaran akan jatuh.
Tapi, adakah setiap tahun September tu jatuh? Tak semestinya.
Ada juga pengecualian di mana bulan ni menunjukkan kenaikan (green candle), tapi kebanyakannya, ia merah.
Kalau tengok rekod S&P 500, dari 2020 hingga 2023, semuanya merah untuk September.
Bukan kami mahu menakutkan, tapi inilah realiti sebenar yang kita semua kena faham.
So, bila dah tahu macam ni, apa langkah yang kita patut ambil?
Sekarang ni, apa yang kita nampak ialah smart money mula beralih kepada saham-saham yang memberi dividend yang baik.
Kenapa? Sebab bila interest rate mula naik dan ekonomi mula menunjukkan tanda-tanda recession, para pelabur besar mula mencari saham yang boleh memberi aliran tunai stabil dalam bentuk dividends.
Di US, saham-saham ni dikenali sebagai Dividend Aristocrats atau lebih menarik lagi, Dividend Kings.
Apa beza dua ni?
Dividend Aristocrats adalah merupakan syarikat yang telah meningkatkan bayaran keuntungan dividend selama 25tahun secara berturut-turut.
Tapi Dividend Kings lagi mantap – syarikat yang telah memberi dividends yang meningkat selama 50 tahun tanpa gagal.
Bayangkan, 50 tahun!
Syarikat-syarikat ni dah lalui pelbagai jenis krisis ekonomi tapi masih berjaya beri pulangan yang konsisten kepada pelabur.
So, ini tempat kita patut tengok bila pasaran mula merudum.
Apa Langkah Seterusnya?
So, bila korang dah tahu tentang trend September dan korang mempunyai calon saham-saham dividen yang berpotensi, langkah seterusnya adalah position sizing.
Jangan terlalu ghairah dan letak semua duit korang dalam satu saham sahaja.
Portfolio kita yang seimbang merupakan kunci kepada kejayaan dalam pelaburan jangka masa panjang.
Sebagai contoh, letakkan 5% hingga 10% daripada portfolio dalam saham-saham dividend ni.
Dengan cara ni, kalau satu saham tak perform, korang masih ada pelaburan lain yang boleh backup kerugian tu.
Dalam pelaburan, saiz portfolio tak penting kalau kita tak pandai uruskan risiko.
Pastikan korang letak duit dalam beberapa saham yang baik, dan biarkan masa yang menentukan kejayaan korang.
Tak semua pelaburan akan berjaya, tapi dengan pengurusan risiko yang betul, korang akan tetap boleh berjaya dalam saham.