≡ Menu


Tempat Menarik Di Kuching Sarawak – Malaysia

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE

credited to : http:banita.lv

Sarawak, merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sebelum merdeka, ianya merupakan wilayah gabungan antara Singapura, Sabah & Tanah Melayu. Negeri Sarawak tempat menarik yang sangat popular dari segi keunikan geografi nya dan juga namanya yang menarik yang berasal daripada pengucupan kata “Saya Serah Pada Awak”. Ibu negeri bagi Sarawak ialah Kuching. Negeri Wilayah Borneo ini bukan sahaja mempunyai sejarahnya yang unik, malah ianya juga salah satu destinasi pelancongan yang santai dan berkos murah bagi rakyat Malaysia.

Antara destinasi percutian yang menarik di Kuching Sarawak ialah :

Bangunan Steamship yang terletak di bandar Kuching. Bangunan yang dibina pada tahun 1930 ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ianya dibina sebagai satu gudang dan pejabat Steamship pada zaman oemerintahan British di Sarawak. Kini, bangunan Steamship ini menjadi tarikan rakyat tempatan dan juga pelancong sebagai tempat persinggahan membeli belah, restoran dan sebagainya.

PANDUAN HOTEL – NAK SAYA “KONGSIKAN” KISAH SAYA BERMALAM DI BILIK HOTEL INI PADA HARGA RM2.00 UNTUK 2 HARI?

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Selain di Wilayah, Kuching Sarawak juga mempunyai tarikan bangunan bernama Pavilion. Tetapi tidak sama seperti di Kuala Lumpur, Pavilion Sarawak adalah muzium tekstil yang menjadi pusat pengumpulan dan penjualan barangan tekstil tempatan. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan tekstil daripada Sarawak, ini adalah salah satu destinasi yang perlu dilawati.

Kuil Tua Pek Kong. Dipercayai dibina oleh pendatang Cina dari Kalimantan. Kuil ini terletak dimuara sungai Kuching. Sekiranya anda menaiki feri dari sungai utama, kuil ini akan kelihatan dari tepi sungai. Ianya mempunyai seni bina yang unik contohnya tiang kuil ini dihiasi dengan ukiran naga yang sangat menarik. Anda juga boleh masuk ke kuil ini kerana kini ianya adalah muzium sejarah Cina di Sarawak.

Berdekatan Bazaar Utama pula, anda semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk melawati Fort Magherita. Kota ini dinamakan sempena nama isteri Charles Brooke iaitu Ranee Magherita. Ianya dibina diatas bukit dengan pemandangan menghadap bandar Kuching dan juga sungai. Salah satu destinasi yang menarik unik dilawati bersama keluarga.

Sekiranya anda peminat alam flora, jangan lupa pula untuk melawat ke Taman Negara Gunung Gading. Ianya merupakan salah satu tarikan di negeri Sarawak dimana anda bakal menyaksikan bunga Reflesia yang merupakan salah satu bunga kebanggan negeri Sarawak. Adalah dinasihatkan untuk melawat apabila cuaca sejuk kerana bunga ini bakal mengembang sehingga 1 meter panjang.

Lain pula jika anda gemar membeli belah, anda boleh berkunjung ke Bazaar Utama yang terletak berdekatan dengan Jalan Tukang Kayu. Disini adalah destinasi utama membeli belah terutamanya cenderamata. Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk membeli kek lapis Sarawak yang sangat popular di kalngan warga tempatan mahupun luar. Kek Lapis Sarawak mempunyai pelbagai rasa yang lazat dan hanya boleh didapati di negeri Sarawak.

Ringkasnya, terdapat banyak lagi destinasi-destinasi yang menarik untuk dilawati di Kuching Sarawak. Negeri Sarawak terutamanya Kuching, merupakan salah datu destinasi percutian yang berbaloi untuk dilawati. Bukan sahaja berkos rendah, ianya juga mempunyai pelbagai tarikan budaya & juga keunikannnya yang tersendiri yang tidak boleh didapati di negeri lain di Malaysia.

{ 1 comment… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.