≡ Menu


Tips Mendapatkan Keuntungan Berganda Melalui Sewaan Rumah

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE

Keuntungan Melalui Sewaan Rumah3 Tips Mendapatkan Keuntungan Berganda Melalui Sewaan Rumah

Bagi mencapai tahap keuntungan berganda melalui sewaan rumah, pemilik harus memikirkan beberapa strategi menarik agar aliran tunai setiap bulan berjalan dengan lancer. Sememangnya, pelaburan ini sangat menguntungkan lebih-lebih lagi jika ia terletak berdekatan dengan kawasan bandar, institusi pendidikan dan lain-lain lagi.

#1 Penyediaan Kontrak Perjanjian

Sebagai pemilik, kita semestinya tidak mahu bersusah payah mencari penyewa berulang kali dalam jangka masa yang singkat. Sekiranya tiada sebarang kontak perjanjian sewa, pemilik berisiko kehilangan penyewa dalam masa tertentu. Sebagai contoh, dalam masa setahun, penyewa berhasrat untuk pindah keluar daripada rumah tersebut. Sebagai pemilik pula, kita terkial-kial mahu mencari pengganti penyewa di rumah berkenaan. Mungkin mudah atau sebaliknya. Sekiranya kita gagal mencari penyewa dalam masa sebulan, pemilik sendiri secara tidak langsung perlu menanggung kos pada bulan berkenaan.

Maka, dengan adanya kontrak perjanjian, penyewaan boleh dilanjutkan sehingga satu atau ke dua tahun sekali. Ia secara tidak langsung dapat membantu mencapai aliran tunai yang efektif.

#2 Kenaikan Kadar Sewa

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Sebagai pemilik, sudah semestinya berasa berat hati untuk menaikkan sewa kepada penyewa. Namun secara hakikatnya, nilai hartanah pada hari ini sentiasa meningkat beberapa peratus pada setiap tahun. Maka pemilik boleh memaklumkan pada penyewa tentang kadar kenaikan sewa dalam masa tertentu dalam masa 3 tahun. Ia juga boleh dilakukan sekiranya sesebuah kontrak perjanjian itu telah tamat, maka pada tahun berikutnya pemilik boleh menaikkan kadar sewa dengan kadar berpatutan.

#3 Kemahiran DIY (Do It Yourself)

Kerosakan fasiliti memang sering berlaku dalam rumah contohnya, paip tersumbat, paip pecah, servis aircond dan lain-lain lagi. Sebagai pemilik, kita seharusnya bertanggungjawab dalam permasalahan ini. Bagi mencapai keuntungan maksima, pemilik digalakkan mempunyai kemahiran tertentu bagi menjimatkan kos tanpa perlu mengupah individu untuk membaikinya. Bayangkan jika kerosakan itu berlaku, pemilik hanya perlu menanggung kos barang kurang daripada 50 ke 70 peratus daripada harga sebenar. Jimat bukan?

Kesimpulan

Kesimpulannya, strategi yang dikongsikan ini sememangnya mampu memberikan satu pulangan yang hebat terutama kepada pemilik. Dari segi kemahiran diri ia juga dianggap sangat penting. Bayangkan jika kita sering mengupah untuk tujuan pembaikan fasiliti dalam rumah, ia memakan kos yang sangat tinggi. Namun begitu, sebagai pemilik kita janganlah terlalu mengejar keuntungan semata-mata sehingga membebankan penyewa. Biarpun kita mengenakan kadar sewa, secara tidak langsung kita juga dapat menyumbang dengan menyediakan ruang tempat tinggal kepada mereka.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.