≡ Menu


Tips Persediaan Sebelum Anda Membeli Rumah Pertama

Tips Membeli Rumah PertamaPersediaan Sebelum Membeli Rumah Pertama

Apabila seseorang itu sudah bekerjaya, apatah lagi sudah mendirikan rumah tangga impian pertama mereka adalah mahu membeli sebuah rumah. Pada hari ini, rumah merupakan satu aset terpenting dalam hidup kerana tanpa rumah kita  terpaksa mengeluarkan sejumlah wang  tanpa henti untuk menyara kos tempat tinggal. Namun demikian, ada juga orang muda pada zaman sekarang lebih gemar mengutamakan pembelian kereta berbanding rumah. Kata orang, biar kita berhutang rumah dahulu sebelum berhutang kereta.

#1 Menilai Pendapatan Diri Sendiri

Perkara utama sebelum kita membeli rumah adalah dengan menilai pendapatan diri kita sendiri pada setiap bulan. Adakah gaji yang kita terima setiap bulan banyak dihabiskan pada perkara-perkara yang tidak berfaedah. Membuat keputusan untuk membeli rumah adalah satu keputusan yang boleh menentukan gaya hidup kita di masa hadapan. Berbekalkan gaji minima RM2500 lepasan ijazah, dan dicampurkan menjadi RM5000 bersama isteri, adakah kita layak untuk membuat pembelian rumah. Pembelian ini bukan melibatkan angka yang kecil, tetapi sangat besar.

Jika kita tersilap langkah, dan gagal untuk melunaskan bayaran ansuran secara tidak langsung kita akan dijatuhkan muflis. Oleh kerana itulah keputusan dalam pembelian rumah sangat penting untuk dilakukan. Berhutang bukan 5 tahun ataupun 10 tahun. Ia boleh mencecah 25 hingga 30 tahun lamanya.

Bagi pekerja sektor awam ia mempunyai jaminan yang tersendiri daripada pihak kerajaan. Namun bagi sektor swasta pula, ia agak berisiko tinggi. Lebih-lebih lagi banyak kes rumah tergadai, dilelong bank gara-gara pemilik rumah dibuang kerja dan gagal untuk melunaskan bayaran ansuran sehingga tertunggak 6 bulan lamanya.

#2 Disiplin Dalam Berbelanja

Membuat perancangan membeli rumah, pada masa yang sama boros dalam berbelanja. Sikap seperti ini sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Bayangkan kita perlu mengeluarkan wang untuk melunaskan bayaran ansuran rumah, tetapi jika kita boros berbelanja adakah kita mampu melunaskannya. Budaya terikut-terikut dengan cara orang lain juga dilihat sebagai satu pengaruh utama. Disipilinkan diri kita dan utamakan keperluan berbanding kehendak.

#3 Penyediaan Downpayment

Kita perlu memastikan sekurang-kurangnya kita menyediakan 10% daripada nilai hartanah yang kita sasarkan. Namun begitu, bergantung kepada penjual sama ada nilai jualan hartanah tersebut sudah termasuk kos yuran guaman ataupun tidak.  Jika tidak, kita perlu mengeluarkan lagi kos untuk menanggung kos guaman tersebut. Sebagai pembeli, pastikan pihak penjual mahupun pemaju memaklumkan perkara tersebut sebelum melakukan sebarang transaksi.

#4 Memilih Rumah

Mungkin ada di antara kita keliru dalam mendapatkan rumah pertama. Keliru sama ada mahu membeli rumah lelong, under construction mahupun subsale. Jawapannya ada dalam diri kita sebenarnya. Jika kita mahu menjadikan sebagai pelaburan yang mempunyai aliran tunai, rumah lelong dan subsale adalah dianggap lebih sesuai. Terpulang kepada matlamat dan kemampuan diri kita. Sememangnya, rumah under construction nilainya adalah lebih mahal berbanding yang lain.

Kesimpulan

Sebelum mensasarkan hartanah, kenalpasti dahulu matlamat kita. Adakah pembelian ini adalah untuk didiami atau digunakan sebagai pelaburan hartanah. Jangan jadikan pelaburan pertama dalam bidang hartanah kita menjadi sia-sia.  Namun begitu, jika tersilap bukanlah bermakna kita gagal buat selama-lamanya.

Comments on this entry are closed.